Home » Langit Terbuka » Semua pihak perlu bincang atasi isu khurafat

Semua pihak perlu bincang atasi isu khurafat

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (dua, kanan) dan Ketua MCA Melaka Datuk Lim Ban Hong (kanan) menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina hari ini. - Foto Bernama

 

MELAKA  10 Feb. – Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) perlu mengadakan perbincangan yang lebih teliti dan libatkan ruang yang lebih besar bagi menyelesaikan isu khurafat di Pulau Besar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau telah menerima laporan penuh mengenai kegiatan di Pulau Besar dan meminta agar satu muzakarah melibatkan meja besar dilakukan bagi mencari pendekatan paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

“Ketika saya menemuramah mereka (pihak penganjur program di Pulau Besar), rata-rata mempertahankan bahawa mereka melakukan cara yang betul kerana masing-masing membawa fahaman daripada sesetengah sudut fahaman dalam dunia ini

“Saya memberitahu mereka amalan yang dilakukan adalah bertentangkan dengan akidah Islam dan ia perlu dibanteras…oleh itu satu perbincangan yang lebih luas perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Seri Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Bernama mengenai amalan khurafat yang berterusan di pulau tersebut.

Katanya tidak dinafikan terdapat kepercayaan lain yang melakukan acara ibadat di Pulau Besar dan perkara tersebut perlu segera diambil tindakan kerana terdapat unsur khurafat dan penyelewengan akidah yang nyata. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *