Home » Langit Terbuka » Shamsul Ghau Ghau dapat tauliah mengajar al-Quran

Shamsul Ghau Ghau dapat tauliah mengajar al-Quran

Kad tauliah mengajar Al Quran milik Shamsul Ghau Ghau. - Foto Instragram Shamsul Ghau Ghau

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau berkongsi berita gembira selepas dia kini layak mengajar al-Quran di Selangor sehingga 31 Disember 2022.

Pemilik nama sebenar, Shamsul Azahar Aliddin itu mendapat pentauliahan mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), baru-baru ini.

Dia yang berusia 50 tahun turut berkongsi gambarnya bersama kad identiti Pemegang Tauliah MAIS iaitu kad tauliah kategori D3 bagi tauliah mengajar Al-Quran dan dibenarkan mengajar di sekitar Selangor.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawannya yang mengajar dan mendidiknya.

“Mana-mana pihak yang sudi menjemput untuk menghadiri program motivasi boleh terus menghubungi saya atau isteri,” tulis di Instagram miliknya yang selesa dengan gelaran Paksu. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *