Home » Citra Yadim » Siapa ke YADIMart tu ?

Siapa ke YADIMart tu ?

SERI KEMBANGAN – Kelihatan lelaki itu meninjau rak demi rak di pasar raya itu.

Berpuashati dengan apa yang dilihatnya, beliau turut mengambil peluang menyumbang kepada foodbank di pintu masuk pasar raya itu.

Bagi yang kurang mengenalinya, pasti sedikit sukar mengecam beliau.

Tetapi hari ini (23 Mei), tanpa protokol, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengunjungi YADIMart di sini bagi melihat sendiri operasi pasar raya berkenaan.

Hanya ditemani Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, beliau diberikan taklimat gerak kerja pasar raya ini secara santai selain mengambil peluang beramah mesra dengan kakitangannya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada seorang kakitangan Orang Kelainan Upaya di YADIMart.

YADIMART merupakan langkah awal Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menceburi bidang ekonomi di negara ini.

Is dilancarkan secara rasmi pada 10 April lalu dan mendapat sambutan sangat baik daripada penduduk sekitar.

Terdahulu, Datuk Dr Zulkifli juga mengunjungi Institut Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Langat dan menyumbang 10 kilogram anak ikan keli kepada kolam di pusat latihan tersebut.

Pada masa yang sama, beliau juga meninjau perkembangan kerja naik taraf pusat tersebut.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *