Home » Langit Terbuka » Siasatan Gaza: Israel panggil tiga duta Eropah

Siasatan Gaza: Israel panggil tiga duta Eropah

Puluhan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan oleh Israel pada 14 Mei lalu ketika ribuan penduduk mengadakan protes di sempadan Gaza bagi membantah pemindahan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmuqaddis. Foto AFP

BAITULMUQQADIS – Israel memanggil Duta Sepanyol, Slovenia dan Belgium berhubung undian mereka dalam sebuah badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa siasatan antarabangsa terhadap insiden tembakan yang membunuh ratusan rakyat Palestin di sempadan Gaza.

Kementerian Luar Israel berkata, Duta Sepanyol dan Slovenia dipanggil semalam sementara wakil Belgium akan hadir hari ini.

Majlis Hak Asasi PBB (UNHCR) mengundi Jumaat lalu untuk menghantar pasukan penyiasat jenayah perang bagi menyiasat insiden.

Tiga negara Eropah berkenaan antara 29 yang mengundi menyokong siasatan.

Dua daripada 47 anggota majlis iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Australia, mengundi menentang resolusi itu sementara 14 berkecuali termasuk Britain, Switzerland dan Jerman.

Pasukan penyiasat perlu ‘menyiasat semua dakwaan pelanggaran dan penderaan dalam konteks serangan tentera terhadap bantahan awam besar-besaran bermula 30 Mac 2018 termasuk insiden bersamaan jenayah perang.’

Penduduk Palestin mula membantah di sempadan Gaza-Israel 30 Mac lalu menuntut hak pulang ke tanah air setelah diusir akibat perang 1948 bagi membuka jalan kepada penubuhan Israel.

Menurut pihak berkuasa di Gaza, sekurang-kurangnya 118 rakyat Palestin ditembak tentera Israel sejak itu namun tiada seorang rakyat Israel cedera atau mati.

62 kematian rakyat Palestin ditembak rejim Zionis dalam sehari pada 14 Mei lalu, hari sama AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv Baitulmaqdis. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *