Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, perkara itu masih kekal berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, menerusi Bahagian Pengurusan Halal, Jakim masih menguruskan aspek berkaitan pensijilan, takrifan halal serta sistem jaminan halal.

“Kenyataan yang mendakwa pensijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan adalah kenyataan yang menyeleweng, fakta yang salah dan tindakan pemimpin terdesak.

“Sedangkan pensijilan logo halal masih di bawah Jakim dan tidak pernah diuruskan oleh badan atau agensi yang lain,” katanya dalam satu kenyataan. – Utusan Malaysia