Home » Langit Terbuka » Simpanan Syariah KWSP pertama di dunia

Simpanan Syariah KWSP pertama di dunia

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Aspek patuh syariah dalam Skim Simpanan Syariah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan oleh Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Malaysia sering menjadi mo­del khususnya negara Islam lain dalam memperkenalkan sistem takaful, instrumen sukuk, sistem kewangan dan perbankan Islam.

“Diharapkan de­ngan kita mula memperkenalkan skim sim­panan sa­raan ber­asaskan patuh syariah dengan melakukan pelaburan da­lam sektor yang halal akan men­jadi pelopor dan model untuk ditiru oleh negara-negara lain.

“Di samping kita sendiri sentiasa berusaha menambahkan elemen patuh syariah ini dalam pelbagai pengurusan dana dan harta di negara ini,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama dalam siri syarahan ke-13 yang bertajuk Ciri-ciri Kesederhanan Untuk Menghalang Fahaman dan Gerakan Radikal anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jalan Padang Tembak di sini, hari ini.

Syarahan yang dihadiri 650 orang daripada pelbagai agensi penguatkuasa dan undang-undang termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM itu, dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MIDAS, Leftenan Jene­ral Datuk Azizan Md. Delin.

Yang turut hadir Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Menjawab soalan sama ada simpanan persaraan mereka yang masih tidak mematuhi Skim Simpanan Syariah KWSP ini dihukumkan haram, Asyraf berkata, apabila wujud alternatif pengurusan dana secara Islam (konsep syariah) maka ia hendaklah diguna pakai dengan sebaiknya.

Terdahulu dalam ucapannya, Asyraf menjelaskan, umat Islam tidak boleh terkeliru de­ngan gerakan radikal yang ko­nonnya memperjuangkan Islam atas na­ma ‘jihadul kitab’, ko­nonnya mengikut kitab al-Quran.

“Jihad dalam Islam tidak membunuh mereka yang tidak berdosa, penduduk awam, ka­nak-kanak, wanita hatta tebusan dan penganut agama lain yang berlindung di rumah-rumah ibadat mereka,” katanya.

-https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *