Home » Langit Terbuka » Siti Kasim tolak berdebat dengan Zakir Naik

Siti Kasim tolak berdebat dengan Zakir Naik

KUALA LUMPUR 6 Mac – Selepas empat hari cabaran berdebat dengan pakar perbandingan agama, Dr. Zakir Naik dilontarkan kepada Siti Kasim, peguam tersebut hari ini menolak untuk bersemuka dengan pendakwah terkenal itu.

Siti Kasim dalam status terbaharu di Facebooknya mahu cabaran yang dianggap bodoh itu ditolak ketepi dan mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa beliau.

“Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

“Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya,” kata Siti Kasim.

Siti Kasim turut mendakwa, beliau kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.

“Fakta bahawa beberapa ‘keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita,” kata Siti Kasim.

Dipercayai kenyataan Siti Kasim merujuk kepada tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk beliau dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Tindakan Siti Kasim untuk tidak berdebat dengan Zakir turut disokong pengikut Facebook beliau.

Sebelum ini Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pendakwah kontroversi dari India itu bersedia dengan cadangan beliau agar bertemu dengan peguam, Siti Kasim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.

Maklum balas kesediaan Zakir itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Fathul Bari pada Jumaat lepas.-https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *