Home » Citra Yadim » “Staff Rabbani” Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara

“Staff Rabbani” Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara

KEPALA BATAS – YADIM Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program YADIM Interaktif bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara pada 13 April.

Program yang bertujuan mengimarahkan Bulan Ramadan dengan majlis ilmu ini merupakan inisiatif daripada program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Program ini akan diteruskan lagi bersama beberapa lagi agensi awam yang akan bersama YADIM dalam menganjurkan majlis ilmu untuk kakitangan dan masyarakat awam.

Penceramah untuk program ini ialah Ustaz Rosmanizam Rosdi yang merupakan panel penceramah YADIM dengan membawa tajuk “Bekerja Bukan Sekadar Periuk Nasi” yang sebahagian dari modul motivasi “Staff Rabbani”.

Artikel Berkaitan

Pelayaran dakwah Laksamana Cheng Ho

NAMA Laksamana Cheng Ho sudah tidak asing lagi di negara ini. Selain terkenal sebagai pelayar yang hebat dan bijak menjalinkan hubungan diplomatik

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *