Home » Aspirasi » Sucikan Hatimu

Sucikan Hatimu

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud, “Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati.’’ (Riwayat Imam al-Bukhari).

Imam Ghazali juga sering menyebut mengenai penyakit hati di dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin. Hati, secara fizikalnya merupakan organ di dalam tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

Antaranya, hati membantu proses pencernaan dalam tubuh manusia dengan menghasilkan hempedu yang diperlukan untuk proses pencernaan. Hati juga berfungsi mengawal kandungan gula dalam darah, serta memproses nutrisi dan racun. Hati juga bersifat batin, iaitu tempat perasaan, pengertian; hati memberi jiwa kepada makhluk.

Daripada hati, tercetus nilai-nilai murni yang menjadi neraca pertimbangan amal seseorang. Manusia cenderung merujuk kepada pertimbangan hati mengenai salah atau benarnya sesuatu perkara dan tindakan.

Menyucikan dan menguatkan hati menerusi pembersihan jiwa (takziah dan nafs) akan meletakkan hati pada kedudukannya yang fitrah. Hati yang disertai akal fikiran yang baik perlu dijadikan landasan setiap amalan. Hati yang memiliki nilai baik akan menjadi pedoman kepada amalan yang baik juga.

Al- Quran memberi pedoman kepada kebaikan hati. Apabila hati terhubung kepada Allah SWT, faktor ihsan akan menjadi tunjang dan pedoman terbaik dalam setiap tindakan dan perbuatan. Antara sebab ihsan, seseorang akan cenderung untuk berlaku jujur. Amanah, ikhlas dan adil dengan kesedaran bahawa Allah Maha Mengetahui setiap apa yang dilakukan. Ini melahirkan jiwa muttaqeen.

Sumber : Buku Pemikiran Pendikikan Islam : Suatu Pendekatan Transformatif terbitan YADIM.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *