Home » Citra Yadim » Sukarelawan Al-Falah sampaikan bantuan sempena JMU 2017

Sukarelawan Al-Falah sampaikan bantuan sempena JMU 2017

PUTRAJAYA 22 Jun – Pasukan Sukarelawan Al-Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan pelbagai program khidmat bakti yang melibatkan penduduk-penduduk kurang bernasib baik sepanjang program Jelajah Muamalah Ummah 2017 Politeknik Malaysia zon selatan pada 10 hingga 15 Jun lepas.

Penyelaras program JMU 2017, Zam Zarizal Mad Ariffin berkata, dalam jelajah kali ini, program khidmat bakti Sukarelawan Al-Falah melibatkan aktiviti seperti dakwah jalanan dan menyampaikan bantuan kepada anggota masyarakat di kawasan berhampiran politeknik.

“Pada keseluruhannya, 120 individu yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk pelajar dari keluarga miskin telah diberikan bantuan di bawah program khidmat bakti Sukarelawan Al-Falah sepanjang JMU 2017 ini,’’ katanya.

Beliau berkata, program khidmat bakti di Politeknik Mersing melibatkan penyampaian bantuan kepada 30 penerima yang terdiri daripada penduduk miskin di sekitar Mersing.

Manakala di persinggahan kedua jelajah, menurutnya, program khidmat bakti telah diadakan di Kampung Orang Asli, Pasir Puteh dekat Pasir Gudang dan melibatkan 30 penduduk kampung berkenaan yang beragama Islam.

“Program khidmat bakti juga telah diadakan di persinggahan ketiga jelajah iaitu Politeknik Merlimau iaitu dengan penyampaian bantuan kepada 30 penduduk tempatan semasa program singgah sahur,’’ katanya.

Beliau berkata, pada majlis penutupan program JMU 2017, seramai 30 lagi penerima menerima bantuan masing-masing dan mereka terdiri daripada penduduk kurang bernasib baik, para pelajar miskin dan yatim piatu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *