Home » Langit Terbuka » Sultan Kedah saran potongan gaji bagi zakat pendapatan di Kedah

Sultan Kedah saran potongan gaji bagi zakat pendapatan di Kedah

Sultan Kedah pada Majlis Perasmian Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin (Foodbank) LZNK dan Pelancaran Sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat. - Foto Zakat Kedah

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 4 Februari bertitah menyarankan supaya semua ketua jabatan di agensi kerajaan dan swasta di negeri ini melaksanakan potongan gaji untuk zakat pendapatan bagi setiap kakitangan mereka.

Baginda turut bertitah agar setiap individu, agensi dan syarikat korporat yang berkerja dan beroperasi di Kedah, untuk membayar zakat tersebut kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Potongan gaji itu adalah untuk zakat pendapatan mengikut taksiran yang betul bagi kakitangan awam dan swasta, yang mempunyai pendapatan melebihi nisab yang telah ditetapkan. Beta berhasrat dan ingin memastikan semua para asnaf di Kedah yang layak menerima zakat, mendapat hak mereka yang sewajarnya,” titah Sultan Sallehuddin.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin (Foodbank) LZNK dan Pelancaran Sambutan 350 Tahun Seruan Berzakat di sini, hari ini. Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri negeri, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Zakaria Othman. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *