Home » Citra Yadim » Sumbangan mangsa banjir Masai

Sumbangan mangsa banjir Masai

PASIR GUDANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 3 Januari telah tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Cahaya Baru di sini.

Penyerahan kit banjir YADIM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Cahaya Masai di sini oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah diterima oleh Penghulu Mukim Masai, Mohd Nurul Faiz.

Kit berkenaan mengandungi makanan serta barangan penjagaan kebersihan.

PPS ini menempatkan 226 orang mangsa daripada 47 keluarga.

YADIM Johor juga pada 3 Januari akan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10 Skudai.

Usaha YADIM Johor ini adalah sebahagian daripada inisiatif badan dakwah ini bagi membantu mangsa banjir seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *