Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk komuniti memerlukan Gurun oleh YADIM Kedah

Sumbangan untuk komuniti memerlukan Gurun oleh YADIM Kedah

KUALA MUDA – Setelah selesai program di Pendang pada 25 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan acara menyantuni rakyat di sini pula.

Bersama Sukarelawan YADIM (SAY)  Jerai, Group Sedekah Raudatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan Al Faizin (Faizin Care) sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan disampaikan kepada 30 keluarga di Kampung Kilang Ketapang, Kampung Baru Risda dan Taman Perumahan Perwaja dalam kawasan Gurun di daerah ini.

Para penerima terdiri dari warga emas yang uzur dan tinggal keseorangan, keluarga asnaf, keluarga yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya, ibu tunggal, B40 dan mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan serta Covid-19.

Seperti di Pendang, sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir bersama menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Jerai Ustaz Azhar Yusof, Pengerusi  Faizin Care, Ustaz Yaziz Abd Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Sungai Puntar,  Ummu Shahidah Muhamud dan Setiausahanya Abd Ghani Rahim serta Ahli Jawatankuasa Masjid Seri Jerai, Safri Ismail.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *