Home » Langit Terbuka » Suu Kyi gagal tangani Rohingya, panel AS letak jawatan

Suu Kyi gagal tangani Rohingya, panel AS letak jawatan

Bill Richardson.

MYANMAR 26 Jan. – Diplomat veteran Amerika Syarikat, Bill Richardson telah melepaskan jawatan sebagai panel antarabangsa yang diwujudkan oleh Aung San Suu Kyi dalam menangani krisis Rohingya.

Richardson mendakwa panel itu hanya satu penghinaan dan menuduh Suu Kyi tidak mempunyai moral kepimpinan dalam isu berkenaan.

“Sebab utama saya meletakan jawatan kerana lembaga penasihat tidak berfungsi”, kata Richardosn yang juga bekas penasihat semasa pentadbiran Clinton.

Kerajaan Myanmar tidak memberi sebarang kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau tetapi salah seorang panel itu mendakwa komen Richardson tidak adil.

Lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tercetus pertempuran dengan tentera di Rakhine.

Tambah beliau, dia tidak mahu menjadi sebahagian daripada skuad sorak bagi kerajaan itu.

Richardson menambah beliau telah menemui Suu Kyi semasa pertemuan pada hari Isnin lalu selepas dia membangkitkan kes dua wartawan Reuters yang sedang dibicarakan kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun, Suu Kyi didakwa marah dan menegaskan kes itu “bukan sebahagian daripada kerja lembaga penasihat”.

Richardson berkata beliau telah “terkejut dengan semangat” yang mana panel itu “merendahkan” kedudukan media, PBB, kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa selama tiga hari mesyuarat.

“Saya suka dia dan menghormati dia, tetapi dia tidak menunjukkan kepimpinan moral terhadap isu Rakhine dan tuduhan yang dibuat dan saya menyesal,” tambah beliau.

Dengan peletakan jawatan oleh Richardson, lembaga itu mempunyai 10 orang ahli, lima daripadanya adalah dari luar negara. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *