Home » Langit Terbuka » Syarahan umum Sheikh Yusuf terima sambutan menggalakkan

Syarahan umum Sheikh Yusuf terima sambutan menggalakkan

SHEIKH YUSUF ESTES menyampaikan ceramahnya bertajuk From Darkness To Light di Universiti Sains Malaysia dekat Gelugor, Pulau Pinang semalam. - Foto : Utusan

PULAU PINANG 23 Mac – Lebih 1,000 hadirin yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) membanjiri Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) di sini malam tadi bagi mendengar syarahan umum yang disampaikan pendakwah terkenal kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sheikh Yusuf Estes.

Menerusi syarahan umum bertajuk ‘From Darkness to Light’ (Daripada Kegelapan Kepada Cahaya), bekas paderi Kristian itu berkongsi kisah menarik mengenai bagaimana beliau memeluk Islam kira-kira 27 tahun yang lalu.

Program anjuran Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Islam dan Persatuan Staf Islam USM serta pengurusan Masjid Taman Brown.

Difahamkan, kali terakhir Sheikh Yusuf menyampaikan ceramah atau syarahan umum di negeri ini ialah kira-kira 10 tahun yang lalu.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *