Tiada parti politik dilantik kutip zakat fitrah

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menafikan melantik amil di kalangan ahli parti politik tertentu untuk mengutip zakat fitrah di kawasan masing-masing. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, perkara itu sudah diselesaikan selepas pemimpin parti berkenaan dipanggil untuk memberi penjelasan. “Saya dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman bersama Jawatankuasa Kutipan dan […]

Zakat Fitrah Kelantan tahun ini RM7

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengumumkan zakat fitrah tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 sama seperti tahun lalu. Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, umat Islam boleh mula menunaikan kewajipan masing-masing melalui amil-amil yang dilantik dan kaunter zakat Maik. Beliau berkata, terdapat 1,200 […]

Tiga pilihan kadar zakat fitrah di Perak

IPOH – Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M di negeri ini ditetapkan pada tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14, RM21. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-216 pada 16 Januari lalu bagi penetapan […]

Kadar zakat fitrah di Perlis kekal RM7

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan majlis pengumuman rasmi kadar berkenaan yang diadakan di Masjid Al Ghufran, Batu 2, di sini […]

Kadar zakat fitrah di Kedah kekal RM7

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah diwajibkan kepada umat Islam di Kedah tahun ini kekal dengan kadar minimum RM7 seorang. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, penetapan itu mengikut harga bagi timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg). Bagaimanapun, Syeikh Zakaria berkata, golongan […]