Home » Langit Terbuka » Zakat Fitrah Kelantan tahun ini RM7

Zakat Fitrah Kelantan tahun ini RM7

Terdapat 1,200 amil yang akan memungut zakat fitrah bagi pihak MAIK terdiri daripada imam-imam masjid di setiap mukim serta pegawai-pegawai agama di kem tentera, balai polis dan pusat tahanan. - Foto MAIK

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengumumkan zakat fitrah tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 sama seperti tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, umat Islam boleh mula menunaikan kewajipan masing-masing melalui amil-amil yang dilantik dan kaunter zakat Maik.

Beliau berkata, terdapat 1,200 amil yang akan memungut zakat fitrah bagi pihak Maik terdiri daripada imam-imam masjid di setiap mukim serta pegawai-pegawai agama di kem tentera, balai polis dan pusat tahanan.

“Pada bulan Ramadan tahun lalu kita memungut zakat fitrah berjumlah RM8.5 juta.

“Selain masjid, pihak Maik turut menyediakan kaunter luar di tempat tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan pusat beli belah utama untuk kemudahan pembayar zakat,” katanya di sini hari ini (7 Mei).

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata, kadar nisab zakat harta bagi haul atau tempoh masa setahun dari Ramadan tahun lalu hingga kini ditetapkan pada kadar RM13,950.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, urusan pembayaran zakat di kaunter pejabat Maik di Lundang di sini dibuka setiap hari pada waktu pejabat termasuk hujung minggu dan cuti umum.

“Kita juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak Maik di 12 lokasi antaranya Pasar Siti Khadijah, Wisma Persekutuan, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Jeli, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang dan lain-lain lagi,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *