YADIM didik sukarelawan jadi pendakwah

SEREMBAN – Peserta sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) bukan sahaja membantu menggerakkan program kebajikan malah turut berperanan sebagai pendakwah dalam menyampaikan syiar Islam. Penolong Pengarah YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris berkata, selain memainkan peranan sebagai sukarelawan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, sukarelawan YADIM turut dididik untuk menjadi Da’i dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Beliau […]

‘Abam rider’ sanitasi masjid bersama YADIM Perlis

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan program sanitasi bagi membantu memastikan kebersihan masjid dan surau di negeri ini. Pada 6 November, program berkenaan diadakan dua lokasi iaitu di Masjid Al Raudhah dan Surau Al Barakah,  Sungai Batu Pahat di sini. Lebih menarik, ia turut disertai dua kelab motosikal […]

Ziarah Prihatin keluarga Malaysia sempena  Deepavali

CHANGLUN – Gerak kerja menyantuni pelbagai lapisan masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan pula ke daerah ini. Selepas Sungai Petani, komuniti India di daerah ini disantuni menerusi pemberian 20 set barangan keperluan harian dan wang tunai pada 4 November. Program anjuran bersama Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE) dan Malaysian India Reverted Muslim […]

Sanitasi masjid sempena Bulan Dakwah 2.0

KOTA BHARU – Dua buah masjid telah menjalani sanitasi yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 November. Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadat berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan ahli jemaah. Lokasi pertama ialah Masjid Sultan Mansor Kampung Sireh sebelum diteruskan pula di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot. Program […]

Kayuhan Ukhuwah YADIM sempena Bulan Dakwah 2.0

KOTA BHARU – Aktiviti dakwah masa kini perlu kreatif dan dilaksanakan bukan lagi bertumpu kepada kaedah kebiasaan seperti ceramah semata mata. Atas kesedaran ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Oktober telah menganjurkan program Kayuhan Ukhuwah YADIM bagi mengukuhkan hubungan dikalangan peminat aktiviti berbasikal sekitar daerah Kota Bharu selain melestari gerakan dakwah. Program […]

Bicara Dakwah Maulidur Rasul di APMM

KUALA TERENGGANU – Sempena dengan Bulan Dakwah 2.0 dan sambutan Maulidur Rasul, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Oktober  diberi ruang untuk bersama-sama dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu program bersama. Pengisian program Bicara Dakwah ini adalah berkisar tentang Ibrah Sirah Nabawi sempena  Maulidul Rasul S.A.W. Tazkirah bermula jam 9.30 pagi […]

Tubuh yang sihat datang daripada minda yang sihat.

BINTONG – Kesihatan minda sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis yang prihatin dengan keadaan ini telah bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan, Aspirasi Prihatin Malaysia mengadakan program menyentuh aspek ini pada 24 Oktober di Projek Perumahan Rakyat Wang Ulu di sini. Selain senamrobik patuh syariah dan penerangan ringkas tentang […]

Penyampaian sumbangan sempena bulan Dakwah 2.0

PENDANG – Program Bulan Dakwah 2.0 bagi peringkat negeri Kedah yang telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu terus segera diisi pelaksanaannya. Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ke daerah ini pada 23 Oktober bagimisi penyampaian barangan keperluan harian secara terus ke kediaman asnaf yang memerlukan. Dengan cara ini, mereka dapat melihat sendiri apakah keperluan […]

Bersukan pun boleh solat

DUNGUN – Beriadah dan bersukan bukanlah halangan untuk menunaikan solat lima waktu dengan sempurna. Atas tujuan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu mengadakan programdakwah komuniti secara pakej dengan 16 pengisian program dakwah untuk pelbagai lapisan masyarakat termasuk melalui sukan. Bertempat di Felda Jerangau, di sini telah berlangsung acara Sukan Mahabbah di Padang Bola Felda […]

Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah

POKOK SENA – Program Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 19 Oktober di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, di sini. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Yang Berhormat Haji Wan Romani Wan Salin. Turut diadakan ialah Forum Penerangan sempena sambutan Maulidur […]