Home » Citra Yadim » Kayuhan Ukhuwah YADIM sempena Bulan Dakwah 2.0

Kayuhan Ukhuwah YADIM sempena Bulan Dakwah 2.0

KOTA BHARU – Aktiviti dakwah masa kini perlu kreatif dan dilaksanakan bukan lagi bertumpu kepada kaedah kebiasaan seperti ceramah semata mata.

Atas kesedaran ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Oktober telah menganjurkan program Kayuhan Ukhuwah YADIM bagi mengukuhkan hubungan dikalangan peminat aktiviti berbasikal sekitar daerah Kota Bharu selain melestari gerakan dakwah.

Program yang juga sempena Bulan Dakwah 2.9 YADIM ini disertai seramai 69 orang peserta. Ia bermula pada jam 7.45 pagi di KALA Sentral, Dataran Muhammadi Kota Bharu yang dilepaskan
oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,  Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Yang Berhormat Dato Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud.

Selepas kayuhan sejauh 4km, peserta berhenti di cek point pertama iaitu di  Perkuburan Islam Banggol. Di sini peserta kayuhan mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah YADIM, Kelantan Ustaz Haji Mahadi Awang.

Seterusnya peserta berhenti di cek point kedua iaitu di Jeti Kampung Pulau Pisang bagi mendengar santapan rohani buat kali kedua.

Seterusnya peserta menuju ke lokasi penamat di Pantai Kundur Pengkalan Chepa. Jarak keseluruhan kayuhan adalah sejauh 15 km.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang, Mohd Taufik Ramli.

Memeriahkan suasana,  cabutan bertuah telah diadakan dengan hadiah utamanya ialah dua buah basikal sumbangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Hissamuddin Hussin dan Setiausaha Persatuan Basikal Kota Bharu, Suzilan Mohd Salleh.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *