Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah Maulidur Rasul di APMM

Bicara Dakwah Maulidur Rasul di APMM

KUALA TERENGGANU – Sempena dengan Bulan Dakwah 2.0 dan sambutan Maulidur Rasul, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Oktober  diberi ruang untuk bersama-sama dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu program bersama.

Pengisian program Bicara Dakwah ini adalah berkisar tentang Ibrah Sirah Nabawi sempena  Maulidul Rasul S.A.W.

Tazkirah bermula jam 9.30 pagi selama satu setengah jam dengan tajuk ‘Indahnya Pekerti Rasulllah S.A.W’ di sampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Seramai 40 orang pengawai dan kakitangan APMM hadir ke acara ini bertempat di Perpustakaan APMM Terengganu. Program turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) APMM Terengganu, Tuan Mohd Sarif Hassan.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *