Program Edaran Bubur Lambuk Ayam Daie Komuniti YADIM

KUALA LUMPUR – Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Nestle telah mengedarkan sejumlah 325 pek bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Flat Sri Kelantan, Sri Pangkor, Masjid Hidayah dan Kampung Chubadak Hilir di sini. Daie bertanggungjawab bagi kawasan ini, Haji Abu Bakar Abdul Rahman telah mengedarkan bubur berkenaan selepas Asar pada 2 […]

Perasmian Pondok Permata Iman 4 Oktober ini

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan Majlis Perasmian Pondok Moden Permata Iman, Is’ad Al-Usrah, dan Musaadah di Sentul, Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini (Ahad). Inisiatif pengisian bulan dakwah ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk r Zulkifli Mohamad Al Bakri. Antara […]

DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras

BANGI – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras berkuat kuasa serta-merta. Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan hari ini (2 Jun) memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen. “Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta-merta. “Tindakan penguatkuasaan akan […]

Iftar@KL 2019 terima sambutan luar biasa

KUALA LUMPUR – Sambutan luar biasa. Itu yang dapat disimpulkan kepada sambutan dan penganjuran program Iftar@KL 2019 pada 25 Mei lalu. Kerjasama melibatkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu menyaksikan ribuan pengunjung, khususnya warga kota membanjiri Jalan Raja […]

Konsert Kesenian Islam di Dataran Merdeka, hujung minggu ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak orang ramai ke Majlis Berbuka Puasa dan Konsert Kesenian Islam sempena Iftar@Kuala Lumpur 2019 pada Sabtu dan Ahad ini. JKKN dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program Iftar@Kuala Lumpur yang diadakan […]