Home » Langit Terbuka » Konsert Kesenian Islam di Dataran Merdeka, hujung minggu ini

Konsert Kesenian Islam di Dataran Merdeka, hujung minggu ini

Iftar@Kuala Lumpur merupakan acara unik yang mana warga kota dan pelancong berbuka puasa beramai-ramai sambil menikmati makanan asas percuma iaitu kurma dan bubur lambuk Kampung Baru. - Foto JKKN

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak orang ramai ke Majlis Berbuka Puasa dan Konsert Kesenian Islam sempena Iftar@Kuala Lumpur 2019 pada Sabtu dan Ahad ini.

JKKN dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program Iftar@Kuala Lumpur yang diadakan di hadapan Panggung Bandaraya, Dataran Merdeka itu masuk tahun kelapan dan sebelum ini dikenali sebagai Festival Ramadan.

“Ia merupakan acara unik yang mana warga kota dan pelancong berbuka puasa beramai-ramai sambil menikmati makanan asas percuma iaitu kurma dan bubur lambuk Kampung Baru.

“Antara pengisian program ialah pengagihan bubur lambuk, tadarus al-Quran, klinik tahsin al-Quran, jualan food truck, kaunter zakat, majlis berbuka puasa, solat berjemaah, bicara Ramadan dan konsert Ramadan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, barisan artis yang akan memeriahkan program bermula dari pukul 5 petang hingga 10 malam itu adalah Kumpulan Nowseeheart, Raihan, Maulana Wan Helmi Al Hafiz dan pendakwah, Datuk Siti Nor Bahyah serta Ustaz Wan Akashah. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *