Home » Citra Yadim » Perasmian Pondok Permata Iman 4 Oktober ini

Perasmian Pondok Permata Iman 4 Oktober ini

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan Majlis Perasmian Pondok Moden Permata Iman, Is’ad Al-Usrah, dan Musaadah di Sentul, Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini (Ahad).

Inisiatif pengisian bulan dakwah ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk r Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Antara yang akan diadakan dalam program ini termasuklah Cuci – Cuci, Is’ad Al-Usrah (pembaikan rumah/pondok), sumbangan Musaadah, Street Dakwah, Sesi Bicara Ilmu, Ziarah Asnaf dan sebagainya.

Program ini diadakan dengan Kerjasama KAFA Al-Khairiah, Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pondok Warga Emas dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *