Hormati Titah Agong, Jangan Jadikan Islam Polemik Politik – Mufti P.Pinang

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. — Bernama

GEORGE TOWN: Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya jangan jadikan agama Islam sebagai polemik politik perlu dihormati serta dipatuhi oleh semua rakyat negara ini, terutama pemimpin parti politik. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata titah baginda itu tentunya lahir daripada keinsafan tentang betapa pentingnya kesucian agama […]

YADIM bersama Bonda Tun Suzana

MENYEBARKAN Dakwah di negara ini dilaksanakan dengan sentiasa berpandukan Rukun Negara sebagai pegangan yang terpakai untuk semua warganya. Tidak ketinggalan juga dengan pihak istana yang sentiasa melindungi kepentingan Islam di negara ini. Mengambil kita kepentingannya, YADIM pada 26 Mei mengadakan pertemuan dengan Bonda Tun Suzana Tun Haji Othman, seorang pakar yang banyak mengkaji dan menulis […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu 22 April

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu 22 April 2023. Teka-teki tarikh 1 Syawal itu terjawab selepas pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan di saluran televisyen tempatan. Keputusan tersebut dibuat selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh […]

Thai hot guy: bertentangan ajaran Islam, tidak hormat bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Penganjuran acara pembukaan sebuah kelab melibatkan kumpulan “Thai Hot Guy” didapati bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat. Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan ke atas penganjuran itu. […]

Mendaulatkan Islam, memperkasakan MKI

ALHAMDULILLAH, Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya juga, Beta dapat berangkat, seterusnya mempengerusikan MKI kali ke-69 yang Beta pengerusikan buat julung-julung kalinya ini. Pada hemat Beta, mesyuarat MKI yang diadakan pada pagi ini membuka satu lembaran baharu dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia. Justeru, Beta juga ingin merakamkan sekalung penghargaan […]

Ilmuan Islam tersohor, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ilmuan Islam terkemuka tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, 80, meninggal dunia hari ini. Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menghela nafas terakhir jam 2.27 pagi hari ini. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas). Allahyarham sebelum ini menjalani siri prosedur […]

Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama

PUTRAJAYA – Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara kata Menteri Agama, Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian. “Insya-Allah dengan berkat doa […]

Tak patut pertikai saranan Menteri Agama umat Islam tak sertai Bon Odori, Oktoberfest

KUALA LUMPUR – Pendapat dan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad yang melarang umat Islam daripada menghadiri acara Bon Odori dan Oktoberfest tidak seharusnya dipertikai khususnya oleh orang bukan Islam. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad, berkata pandangan pemimpin PAS itu sama sekali tidak […]

MAIDAM agih RM23 juta kepada 25,000 fakir miskin Ogos ini

KUALA BERANG – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengagihkan bantuan khas ‘sekali bayar’ sejumlah RM23 juta untuk membantu kira-kira 25,000 asnaf fakir dan miskin di negeri ini bermula bulan depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata ia adalah bantuan kewangan tertinggi yang pernah disalurkan MAIDAM setakat ini, iaitu […]

YADIM tubuh Skuad Duat Siber jawab kes hina Islam

PUTRAJAYA- Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) akan menubuhkan Skuad Duat Siber (SDS) bagi menjawab penghinaan dan persendaan Islam di media sosial. Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan berkata, pasukan skuad itu terdiri daripada ilmuan agama dan berkemahiran dalam berdakwah. “Karakter skuad ini mestilah seorang dai’e iaitu pendakwah yang boleh menyampaikan maklumat secara berstrategi,” katanya. Menurutnya, YADIM […]