Home » Langit Terbuka » Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu 22 April

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu 22 April

Aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi - Foto Al Hijrah Online

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu 22 April 2023.

Teka-teki tarikh 1 Syawal itu terjawab selepas pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Keputusan tersebut dibuat selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *