Home » Langit Terbuka » Kerajaan pertahan konsep hak asasi Islam, bukan ikut acuan Barat semata-mata

Kerajaan pertahan konsep hak asasi Islam, bukan ikut acuan Barat semata-mata

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Konsep hak asasi manusia yang digunakan dalam dasar kerajaan tidak tertakluk pada nilai yang dibawa oleh negara Barat semata-mata, sebaliknya turut mempertahankan konsep diangkat dalam Islam.

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Malaysia berpendirian bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) yang diisytiharkan pada 1948 bukan satu-satunya sumber dan konsep hak asasi manusia untuk kerajaan.

Sebaliknya, beliau memaklumkan kerajaan turut mempertahankan prinsip hak asasi berdasarkan pendirian negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui organisasi di bawahnya, Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC).

“Bagi membentuk kefahaman yang baik mengenai hak asasi manusia daripada perspektif Islam, kerajaan sendiri melalui Jabatan Kemajuan Isla Malaysia (JAKIM) menganjurkan Seminar dan Konvensyen Hak Asasi Manusia dari Perspektif Islam.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *