Home » Langit Terbuka » Thai hot guy: bertentangan ajaran Islam, tidak hormat bulan Ramadan

Thai hot guy: bertentangan ajaran Islam, tidak hormat bulan Ramadan

Tular di media sosial berkenaan penganjuran pembukaan sebuah kelab privasi melibatkan kumpulan “Thai Hot Guy” yang akan berlangsung hujung bulan ini, di ibu negara. - Foto Berita Al Hijrah

KUALA LUMPUR: Penganjuran acara pembukaan sebuah kelab melibatkan kumpulan “Thai Hot Guy” didapati bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan ke atas penganjuran itu.

“Apatah lagi dalam suasana umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan, penganjuran acara berkenaan amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab.

“Selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan penganjuran pembukaan sebuah kelab privasi melibatkan kumpulan “Thai Hot Guy” yang akan berlangsung hujung bulan ini, di ibu negara.

Ia turut mendapat kecaman warganet dan menyifatkan tindakan itu biadap dan tidak menghormati bulan Ramadan.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *