Palestin puji keputusan Norway label produk buatan Israel

RAMALLAH– Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat memuji langkah Norway yang melabelkan produk negara haram Israel yang dibawa dari penempatan negara itu dengan tempat pengeluar produk berkenaan. Kementerian dalam kenyataan memaklumkan, keputusan Norway itu selaras dengan keputusan Suruhanjaya Eropah 2015 dan selari dengan komitmen Kesatuan Eropah (EU) dan Norway terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi legitimasi antarabangsa, […]

Pencerobohan Masjid Al-Aqsa: Israel ingin ubah ‘status quo’ Baitulmaqdis

Kuala Lumpur – Tindakan rejim Israel yang mencetuskan pelbagai siri keganasan terhadap penduduk Palestin adalah bersandarkan beberapa objektif utama iaitu untuk menukar ‘status quo’ Baitulmaqdis. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iris Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim, tindakan itu adalah bagi memastikan Baitulmaqdis tidak lagi berada di bawah naungan umat Islam. “Mereka mengambil kesempatan ini sememangnya […]

Malaysia kutuk Israel serang jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa, Baitulmuqaddis, semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Serangan yang berlaku terhadap sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh […]

Israel pukul, tahan penduduk Palestin ketika bersedia berbuka puasa

Baitulmaqdis – Pihak berkuasa Israel menyerang dan menahan penduduk Palestin yang berkumpul di Bab al-Amoud atau Pintu Damsyik selama tiga malam berturut-turut. Pintu Damsyik merupakan salah sebuah pintu masuk utama ke Kota Lama untuk menyambut bulan Ramadan. Agensi berita Palestin, Ma’an berkata, tentera Zionis menggunakan gas pemedih mata dan bom bunyi untuk menyuraikan penduduk Palestin […]

Ceramah langsung dari Baitulmaqdis antara pengisian Minggu Al-Quds Yadim

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini berpeluang menyaksikan ceramah yang dibawakan istimewa secara langsung dari Baitulmaqdis sempena penganjuran Minggu Al-Quds 2022. Program khas julung kali berkenaan antara pengisian diatur oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai penganjur bersama-sama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Menurut agensi tersebut, pelancaran minggu itu telah disempurnakan oleh Penasihat Nadwah Ilmuwan Muslim Malaysia, […]

Hamas beri amaran, serangan di Baitulmaqdis bakal cetuskan perang serantau

BAITULMAQDIS – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amaran kepada rejim penjajah Isr4el dan peneroka haram supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis. Pemimpin Hamas, Khaled al- Batsh menegaskan, sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds bakal mencetuskan perang serantau secara besar-besaran. Rakyat Palestin sebelum ini bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota […]