Home » Langit Terbuka » Hamas beri amaran, serangan di Baitulmaqdis bakal cetuskan perang serantau

Hamas beri amaran, serangan di Baitulmaqdis bakal cetuskan perang serantau

Penduduk Kota Suci Ketiga Umat Islam sentiasa bersatu hati mempertahankan tanah air tercinta daripada Rejim Zionis - Foto AFP

BAITULMAQDIS – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amaran kepada rejim penjajah Isr4el dan peneroka haram supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis.

Pemimpin Hamas, Khaled al- Batsh menegaskan, sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds bakal mencetuskan perang serantau secara besar-besaran.

Rakyat Palestin sebelum ini bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota negara masa akan datang.

Bagaimanapun rejim Isr4el, menuntut seluruh bandar tersebut dan mengenakan sekatan secara besar-besaran ke atas kota suci.

Malah rejim haram turut mengenakan sekatan ke atas kebebasan penduduk Palestin memasuki kawasan Baitulmaqdis.

Lebih dahsyat, rejim pengganas membenarkan peneroka berterusan menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa yang merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.

Khaled turut mengingatkan penduduk negara haram mengenai keupayaan pihaknya dalam mempertahankan kota suci berkenan.

Beliau menggesa, rakyat Palestin terus memelihara dan menyemarakkan perpaduan sambil menyifatkan perpaduan Palestin sebagai cara sah untuk mempertahankan hak negara mereka. – ISMA Web

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *