Home » Langit Terbuka » Malaysia kutuk Israel serang jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa

Malaysia kutuk Israel serang jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa

Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Asia Barat, tegas Ismail Sabri. - Foto Pejabat Perdana Menteri
Kenyataan Media

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa, Baitulmuqaddis, semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Serangan yang berlaku terhadap sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.

“Malaysia amat bimbang susulan peningkatan keganasan di Wilayah Palestin yang diduduki Israel,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu lalu.

Mendasari hal ini katanya, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa agar memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berpanjangan ini.

Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Asia Barat, tegas Ismail Sabri.

“Pada masa yang sama, Malaysia menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel.

“(Perjuangan ini cuba) merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya,” kata beliau. — BebasNews

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *