Isu kalimah Allah: Jakim tunggu perkenan Majlis Raja-raja untuk tindakan lanjut

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi agama Islam lain akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu penggunaan kalimah Allah selepas mendapat perkenan Majlis Raja-raja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah menyerahkan laporan hasil perbincangan antara mufti dan pakar undang-undang seluruh negara […]

Menteri agama jumpa selebriti dakwah esok

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri akan mengadakan pertemuan dengan selebriti dakwah esok bagi menyampaikan mesej kerajaan dan menjaga nama baik agamawan. Pertemuan itu susulan seorang selebriti ‘dakwah’, yang juga seorang peserta program realiti TV, didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah melibatkan beberapa mangsa. Pertemuan […]

JPM nafi miliki akaun Telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mempunyai akaun Telegram httpps://t.me/jpmgov yang diwujudkan atas nama ‘Jab.Perdana Menteri’. Berikutan itu, Unit Komunikasi Korporat JPM dalam kenyataan hari ini (26 Jun) meminta orang ramai untuk tidak menyertai pautan itu bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu. JPM hanya mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook: @Jab.PerdanaMenteri; Twitter: twitter.com/jpmgov_; […]

Laman sesawang rasmi wadah pemerkasaan syiar Islam

SHAH ALAM – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan laman sesawang pertama di negara ini yang membolehkan orang ramai mengakses segala maklumat berkaitan kementerian tersebut. Menterinya, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, laman sesawang https://www.mira.gov.my adalah inisiatif pihaknya untuk tampil sebagai wadah pemerkasaan syiar Islam di peringkat Persekutuan. “Menyedari keperluan untuk JPM (Hal Ehwal […]

JPM sedang rangka kertas kerja Covid-19 untuk solat Jumaat, aktiviti keagamaan

PUTRAJAYA- Jabatan Perdana Menteri sedang merangka 5 kertas kerja berkaitan Covid-19 bagi solat Jumaat dan aktiviti keagamaan untuk dibentang di Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung penularan wabak koronavirus itu. Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad berkata kertas kerja itu, yang juga akan menyarankan panduan berkaitan, akan siap dalam masa 2 atau 3 hari lagi. “Ini […]

Tabung Bencana Palu terima sumbangan lebih RM760,000

PUTRAJAYA – Tabung Bencana Alam Fasa Kedua Palu (Pembinaan Masjid) hari ini (19 Julai) menerima sumbangan RM764,750.35 daripada agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu masyarakat Islam di Palu, Sulawesi Tengah, yang dilanda gempa bumi dan tsunami pada akhir tahun lalu. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan […]

Henti sebar berita palsu mengenai Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kononnya Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Katanya, perkara itu tidak berlaku, malah TH masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jelas beliau, TH telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa […]

Bukan bubar tapi beri Jakim tanggungjawab besar

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak sesekali mahu membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti mana yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada 9 Mei lalu. Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Jakim akan diberi tanggungjawab lebih besar untuk mengepalai enam agensi […]