Home » Langit Terbuka » JPM nafi miliki akaun Telegram

JPM nafi miliki akaun Telegram

JPM meminta orang ramai tidak menyertai akaun Telegram 'Jab.Perdana Menteri' bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu. - Foto TechCrunch

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mempunyai akaun Telegram httpps://t.me/jpmgov yang diwujudkan atas nama ‘Jab.Perdana Menteri’.

Berikutan itu, Unit Komunikasi Korporat JPM dalam kenyataan hari ini (26 Jun) meminta orang ramai untuk tidak menyertai pautan itu bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu. JPM hanya mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook:

@Jab.PerdanaMenteri;

Twitter: twitter.com/jpmgov_;

Instagram: www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/;

YouTube: www.youtube.com/jabatanperdanamenteri.

Untuk sebarang penjelasan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-88723435.– Bernama

Artikel Berkaitan

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *