Home » Langit Terbuka » Henti sebar berita palsu mengenai Tabung Haji

Henti sebar berita palsu mengenai Tabung Haji

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Tabung Haji masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri - Foto TMR

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kononnya Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Katanya, perkara itu tidak berlaku, malah TH masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jelas beliau, TH telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa organisasi itu dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Kewangan.

“Jemaah Menteri hanya membuat keputusan untuk memindahkan aset yang tidak menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik kerajaan.

“Pemindahan ini ialah sebahagian daripada usaha kerajaan hendak mengembalikan keadaan kewangan TH kepada normal dan mempercepatkan pemulihan kewangan institusi tersebut setelah berlaku salah laku secara besar-besaran,” katanya di sini.

Sementara itu, kenyataan dari JPM memaklumkan, TH turut diletakkan bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), iaitu sebuah badan yang bebas.

Kata kenyataan itu, TH juga diletakkan bawah pimpinan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang mengawal selia semua bank dan institusi kewangan di dalam negara, termasuk institusi kewangan Islam.

“TH kekal di bawah bidang juasa JPM, dan perkara ini tidak berubah dengan pengenalan SPV seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet.

“Dakwaan dan tuduhan bahawa TH dipindahkan kepada Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali,” kata kenyataan itu. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *