Isu kalimah Allah: Jemaah Menteri persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembah cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi menyelesaikan isu tersebut secara menyeluruh dan bersepadu. Pada masa sama, kata beliau, ia sebagai memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan […]

Ketua Hakim Syarie dilantik Menteri Agama

PETALING JAYA – Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilantik sebagai Menteri Agama. Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. Mohd. Na’im, 55, yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara muka baharu yang dilantik di dalam […]

Kabinet akan putuskan sama ada jemaah kita boleh kerjakan umrah, haji

KUALA LUMPUR – Kabinet akan memutuskan sama ada membenarkan rakyat Malaysia mengerjakan umrah apabila Arab Saudi membenarkan semula pelaksanaan ibadat itu mulai 1 November ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari, berkata setakat ini belum ada keputusan rasmi sama ada kebenaran akan diberikan kepada jemaah Malaysia mengerjakan umrah dan […]

SOP solat Jumaat, solat berjemaah sepanjang PKPB diketahui Khamis ini

TAPAH – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri […]

SOP solat Jumaat sepanjang PKPB dibincang esok

SUNGAI PETANI – Cadangan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), esok (8 Mei). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, cadangan itu sudah diteliti Kabinet dalam mesyuarat semalam dan melakukan beberapa […]

Muhyiddin umum 26 kementerian, tiada TPM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri. Empat menteri kanan berkenaan – Mohamed Azmin Ali; Ismail Sabri Yaakob; Fadillah Yusof; dan Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan […]

Jemaah Menteri lulus dasar Rahmatan Lil ‘Alamin

SHAH ALAM – Kertas pelaksanaan dasar pentadbiran Islam baharu melalui pendekatan Rahmah sudah dipersetujui dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kertas dasar berkenaan mengutamakan pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin yang bersifat universal, inklusif, telus dan menyantuni untuk melahirkan masyarakat dan kehidupan lebih harmoni […]

Kertas dasar Rahmatan Lil Alamin sudah siap

NILAI – Kertas dasar mengenai Rahmatan Lil Alamin sudah siap tetapi belum dibentangkan kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. “Sebelum kertas dasar itu dibentangkan kepada Kabinet, biasanya ia perlu 14 hari untuk kementerian membuat komen. Kita jangka kertas itu akan dibentangkan kepada Kabinet pertengahan bulan ini dan apabila […]

Gagasan Rahmatan Lil Alamin dibentang bulan depan

KUALA LUMPUR – Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibentangkan ke kabinet bulan depan bakal menjadi satu dasar baharu kerajaan dalam membawa Malaysia melangkah ke depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kertas kerja gagasan itu dijangka dibentang dalam mesyuarat Kabinet selewat-lewatnya bulan hadapan dan jika diterima akan menjadi satu […]

Gagasan Negara Rahmah dibentang dalam Kabinet bulan depan

KOTA BHARU – Gagasan Negara Rahmah; iaitu konsep negara Islam moden yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan dibentang ke mesyuarat Kabinet pada bulan hadapan sebelum menjadi dasar baharu negara. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas pembentangan sebelum […]