Muar- YADIM bakal adakan kerjasama pelbagai bentuk

PUTRAJAYA – Hari ini (Jumaat 30 September), YADIM menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah Muar. Jarang sekali sebuah pihak berkuasa tempatan mengunjungi YADIM, justeru kami sangat teruja menerima kehadiran mereka. Pegawai Daerah Muar, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal Haji Shamsudin yang mengetuai delegasi berkenaan menerangkan latar belakang daerah berkenaan dan kesungguhannya  untuk bekerjasama dengan YADIM […]

Kunjung hormat COMBI ke pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM telah menerima kunjungan daripada jawatankuasa MyChampion COMBI untuk tujuan kerjasama rakan strategik bersama YADIM. Antara hasrat daripada jalinan hubungan ini ialah mengadakan program dan aktiviti pendidikan ke arah kesejahteraan komuniti seperti program bersama masjid dan surau, gotong-royong, ceramah, tazkirah kesihatan, khutbah jumaat, dan lain lain. Ia juga […]

Rakan Belia YADIM terus dapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan

NILAI – Belia masa depan negara! Program memperkasa dakwah di kalangan belia sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Bukan sahaja dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO), malah sudah tentu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga. Pada 11 September, badan dakwah ini terlibat dalam Majlis Pertukaran Kerjasama dalam Karnival Kerjaya Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan […]

YADIM, My Angkasa Amanah Berhad rancang teroka pelbagai bidang kerjasama

PETALING JAYA – Usaha meluaskan jaringan rakan strategik melestari gerakan dakwah di negara ini secara konsisten diadakan sebilang masa oleh YADIM. Ia tidak tertakluk semata mata kepada pihak berkuasa agama atau badan bukan kerajaan Islam. Terbaharu pada 12 September, satu kunjungan telah diadakan kepada pihak My Amanah Angkasa Berhad, sebuah perbadanan berdaftar di bawah Akta […]

Kolej Komuniti Selayang tawar kerjasama, latihan untuk YADIM

PUTRAJAYA – Usaha melestari gerakan dakwah hari ini memerlukan jalinan kerjasama meliputi pelbagai pihak dan tidak tertakluk kepada antara organisasi Islam semata mata. YADIM selaku peneraju gerakan dakwah di negara ini menyambut baik sebarang pihak yang menghulur hasrat untuk bekerjasama bagi manfaat semua. Atas sebab itu, badan dakwah ini dengan terbuka menyatakan  rasa gembira atas […]

Bicara Eksekutif Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersama YADIM

IPOH – YADIM Perak telah menerima jemputan memberikan pengisian ilmu serta mengadakan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini dalam satu program Bicara Eksekutif yang dianjurkan jabatan berkenaan Hadir ke program pada 28 Julai ini ialah Penyelaras YADIM Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar yang telah menyampaikan bicara bertajuk ‘Hidup Sejahtera, Bahagia Bersama’. Beliau memulakan […]

YADIM, FGV bincang teroka bidang perniagaan, dakwah bersam

KUALA LUMPUR – Ruang lingkup dakwah tidak seharusnya berlegar di masjid, surau, bilik kuliah atau dewan semata mata. Justeru, dengan hasrat meneroka peluang dan ruang melestari gerakan dakwah, YADIM pada 27 Jun telah mengadakan perbincangan jalinan kerjasama strategik dengan FGV Holdings Berhad (FGV) di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini. Perbincangan selama hampir dua jam […]

SAY Kuala Langat, Kelab Bola Jaring Sijangkang rancang kerjasama santuni masyarakat

KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 19 Jun telah menerima kunjungan Kelab Bola Jaring Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang diketuai oleh Cik Norazizah Fadli. Dalam pertemuan ini, kelab tersebut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SAY Kuala Langat dalam program program menyantuni masyarakat khususnya di daerah ini. Tertarik dengan usaha proaktif SAY Kuala […]

Program rentas agama YADIM Pulau Pinang

GEORGETOWN – Menyantuni kelaarga Malaysia bukan sekadar perlu dilakukan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, golongan miskin dan sebagainya, malah amat digalakkan dianjurkan merentasi agama. Mengambil semangat ini, YADIM merancang untuk mengadakan beberapa program sedemikian di negeri ini sebagai permulaan. Antaranya termasuklah program gotong royong bersama membantu masyarakat yang memerlukan serta program sukan seperti berbasikal […]

Latihan, filem dakwah, kebajikan tumpuan kerjasama YADIM – FINAS

KUALA LUMPUR – Dakwah yang berkesan hari ini mestilah bukan sahaja kreatif dan luar kotak, tetapi juga lebih berkesan jika dilaksanakan secara bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik, bukannya usaha sendirian semata mata. Sebagai melestari gerakan dakwah di negara ini, YADIM mesti mengambil sikap proaktif dan berusaha melaksanakan usaha berkenaan dengan berkesan dan inovatif. Justeru kunjungan […]