Home » Citra Yadim » Muar- YADIM bakal adakan kerjasama pelbagai bentuk

Muar- YADIM bakal adakan kerjasama pelbagai bentuk

PUTRAJAYA – Hari ini (Jumaat 30 September), YADIM menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah Muar. Jarang sekali sebuah pihak berkuasa tempatan mengunjungi YADIM, justeru kami sangat teruja menerima kehadiran mereka.

Pegawai Daerah Muar, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal Haji Shamsudin yang mengetuai delegasi berkenaan menerangkan latar belakang daerah berkenaan dan kesungguhannya  untuk bekerjasama dengan YADIM dalam pelbagai aspek untuk memajukan daerah tersebut.

“Saya ingin mencorakkan semula Daerah Muar, apa yang sepatutnya diterjemahkan, perbincangan penulisan, pelaksanaan dan halatuju untuk memperkasakan setiap individu dalam Daerah Muar.

“Saya mahu kemajuan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, pertama sekali mestilah pembentukan adab, ilmu pengetahuan yang boleh membina perpaduan,”katanya.

Beliau turut mengalukan entiti dakwah YADIM di Muar dan berhasrat mendekatkan lebih ramai masyarakat dengan masjid.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut dan mencadangkan fokus kerjasama kepada anak muda penjawat awam.

Katanya kagi, jalinan program juga perlu menggunakan pendekatan bermodul dan bukan bersifat one off sahaja.

Hadir sama dalam kunjung hormat ini ialah Tuan Kadi Daerah Muar, As-Sheikh Haji Mohd Khalil Noor, Ketua Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) UTHM Parit Raja, Ts. Dr Azizibin Yusof dan Pengerusi PUSPANITA Daerah Muar, Datin Masrita Masnun.

Semoga YADIM dan Daerah Muar akan dapat mengeratkan jalinan kerjasama selepas ini untuk manfaat semua.

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *