Home » Citra Yadim » Latihan, filem dakwah, kebajikan tumpuan kerjasama YADIM – FINAS

Latihan, filem dakwah, kebajikan tumpuan kerjasama YADIM – FINAS

KUALA LUMPUR – Dakwah yang berkesan hari ini mestilah bukan sahaja kreatif dan luar kotak, tetapi juga lebih berkesan jika dilaksanakan secara bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik, bukannya usaha sendirian semata mata.

Sebagai melestari gerakan dakwah di negara ini, YADIM mesti mengambil sikap proaktif dan berusaha melaksanakan usaha berkenaan dengan berkesan dan inovatif.

Justeru kunjungan badan dakwah ini ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 12 Mei bukan sekadar untuk mengeratkan silaturrahim, malah lebih daripada itu, untuk mencari ruang kerjasama bagi memperkasa usaha dakwah di negara ini.

Diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, lawatan ini ialah susulan daripada kunjungan pertama pada 23 Mac lalu oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan.

Kunjungan kali ini lebih memperincikan apakah bentuk kerjasama yang boleh dijalin oleh kedua agensi ini.

Antara yang dibincangkan termasuklah mengenai latihan, penerbitan filem dakwah dan isu isu kebajikan artis yang boleh dilaksanakan secara bersama oleh FINAS dan YADIM.

Kakitangan YADIM dan agen dakwahnya umpamanya, boleh diaturkan untuk menjalani latihan di FINAS dalam bidang seperti penulisan skrip, penghasilan dokumentari dan lain lain lagi.

Menyentuh mengenai kebajikan pula, YADIM dipelawa bersama FINAS untuk menyantuni artis artis veteran yang sebenarnya juga menyumbang kepada pembangunan dakwah secara tidak langsung.

Satu lagi yang dibincangkan secara serius oleh FINAS dan YADIM ialah mengenai penerbitan filem atau dokumentari dakwah di negara ini. Keduanya bersetuju untuk saling membantu dalam hal ini dan senada mengenai apakah ciri ciri filem atau dokumentari dakwah yang perlu ada masa kini.

Mewakili FINASi ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan kepimpinan badan tersebut.

YADIM ingin mengucapkan terima kasih kepada FINAS atas kesudian menerima kunjungan badan dakwah ini kepada mereka.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *