Home » Citra Yadim » YADIM, FGV bincang teroka bidang perniagaan, dakwah bersam

YADIM, FGV bincang teroka bidang perniagaan, dakwah bersam

KUALA LUMPUR – Ruang lingkup dakwah tidak seharusnya berlegar di masjid, surau, bilik kuliah atau dewan semata mata.

Justeru, dengan hasrat meneroka peluang dan ruang melestari gerakan dakwah, YADIM pada 27 Jun telah mengadakan perbincangan jalinan kerjasama strategik dengan FGV Holdings Berhad (FGV) di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini.

Perbincangan selama hampir dua jam itu melibatkan Pengerusi FGV, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta wakil pasaraya YADIMart, Encik Hasmarainsan Ismail

Antara yang dibincangkan ialah peluang perniagaan melibatkan FGV dan anak anak syarikat YADIM, khususnya YADIMart.

Turut disentuh ialah cadangan kerjasama peningkatan urus tadbir korporat badan dakwah ini selain ruang bersama melaksanakan dakwah umpamanya yang melibatkan pelatih Daie Muda YADIM.

Dato’ Dzulkifli turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada dalam dunia korporat bersama wakil wakil YADIM yang hadir.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *