Sasar raih RM10 juta untuk Tabung Musa’adah

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM10 juta melalui Tabung Musa’adah Covid-19 2.0. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, sasaran itu bertujuan membantu lebih banyak pihak yang terjejas akibat pandemik berkenaan. Menurutnya, sebelum ini Jakim berjaya mengumpul sebanyak RM4.8 […]

MAIK kutip RM95 juta zakat dalam enam bulan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencatatkan peningkatan kutipan zakat lebih RM95 juta dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 6.5 peratus berbanding RM89 juta bagi tempoh sama, tahun lalu. […]

Kutipan zakat Pulau Pinang naik kepada RM121.48 juta

GEORGE TOWN – Kutipan zakat di Pulau Pinang meningkat 1.46% kepada RM121.48 juta melibatkan 67,149 pembayar pada tahun lepas berbanding RM119.73 juta dengan 65,706 pembayar pada 2018. Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) Abdul Malik Abul Kassim berkata, daripada jumlah itu, zakat harta mencatat peningkatan 1.34% daripada RM114.83 juta pada 2018 kepada RM116.37 juta tahun lepas. […]

Melaka sasar RM120 juta kutipan zakat tahun ini

MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Zakat Melaka menyasarkan kutipan zakat RM120 juta tahun ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Beliau yang juga Pengerusi MAIM berkata sasaran itu dilihat realistik dengan kutipan memberangsangkan lebih RM98.85 juta melebihi sasaran RM95 juta yang dikutip tahun lepas. Katanya kutipan tahun lepas itu juga meningkat lebih 12 […]

LZNK sasar kutipan zakat RM225 juta tahun ini

ALOR SETAR — Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan kutipan zakat di Kedah, tahun ini mencecah sehingga RM225 juta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata sasaran itu berdasarkan trend kepercayaan orang ramai terhadap institusi itu yang semakin meningkat selepas langkah transformasi pengurusan yang dilakukan sejak tiga tahun lepas. “Saya menjangkakan kutipan zakat tahun ini […]

Program Khaira dekatkan hubungan pembayar zakat dan asnaf

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini memperkenalkan logo dan slogan bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijenamakan sebagai program Khaira bagi mendekatkan hubungan antara pembayar zakat dan golongan asnaf di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata perkataan Khaira yang membawa maksud kebaikan […]

Zakat 2018: PPZ-MAIWP kutip RM651.2 juta

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan jumlah kutipan zakat bagi tahun lalu ialah sebanyak RM651.2 juta iaitu meningkat sebanyak enam peratus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, bilangan pembayar pada tahun lalu juga meningkat sebanyak tujuh peratus iaitu sebanyak 180,958 orang pembayar berbanding 169, […]