Home » Langit Terbuka » Zakat 2018: PPZ-MAIWP kutip RM651.2 juta

Zakat 2018: PPZ-MAIWP kutip RM651.2 juta

Usaha PPZ-MAIWP dalam melaksanakan publisiti, kempen dan juga promosi mendidik masyarakat telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan zakat, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Utusan Malaysia

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan jumlah kutipan zakat bagi tahun lalu ialah sebanyak RM651.2 juta iaitu meningkat sebanyak enam peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, bilangan pembayar pada tahun lalu juga meningkat sebanyak tujuh peratus iaitu sebanyak 180,958 orang pembayar berbanding 169, 372 orang pada 2017.

Beliau berkata, kutipan zakat pendapatan bagi tahun lalu ialah sebanyak RM445.4 juta, zakat perniagaan (RM118.1 juta), zakat simpanan (RM45.9 juta), zakat harta (RM38 juta), qadha zakat (RM777,187) dan lain-lain kutipan (RM2.8 juta).

“Kutipan pada 2018 meningkat sebanyak enam peratus berbanding RM615.1 juta pada 2017. Usaha PPZ-MAIWP dalam melaksanakan publisiti, kempen dan juga promosi mendidik masyarakat telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan itu.

“Peningkatan jumlah kutipan zakat itu menunjukkan PPZ-MAIWP berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM650 juta. Terima kasih kepada semua pembayar zakat,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi Kutipan Zakat PPZ-MAIWP 2018 di sini.
Turut hadir Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Abd. Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Syukri Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd. Ajib Ismail. – Utusan Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *