Home » Langit Terbuka » Sasar raih RM10 juta untuk Tabung Musa’adah

Sasar raih RM10 juta untuk Tabung Musa’adah

JAKIM akan berusaha mengumpul dana sebanyak mungkin untuk diagihkan ke seluruh negara dengan mematuhi prosedur operasi standard dan menyasarkan mangsa Covid-19, individu terjejas serta petugas barisan hadapan. - Foto Pejabat Timbalan Menteri di JPM

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM10 juta melalui Tabung Musa’adah Covid-19 2.0.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, sasaran itu bertujuan membantu lebih banyak pihak yang terjejas akibat pandemik berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini Jakim berjaya mengumpul sebanyak RM4.8 juta hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan orang perseorangan.

Katanya, pihaknya akan berusaha mengumpul dana sebanyak mungkin untuk diagihkan ke seluruh negara dengan mematuhi prosedur operasi standard dan menyasarkan mangsa Covid-19, individu terjejas serta petugas barisan hadapan.

Golongan terjejas itu membabitkan masyarakat Orang Asli, peniaga kecil yang tidak boleh berniaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan termasuk golongan yang dimaklumkan kepada kita yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran dan Penyampaian Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 di Kompleks Jakim, di sini, hari ini.

Di majlis itu, sumbangan berjumlah RM230,800 disalurkan kepada golongan B40 Sarawak di bawah seliaan Jakim Cawangan Sarawak, Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah Kenang, Sungai Siput, Perak dan guru Kafa Sabah.

Selain itu, sebanyak RM50,000 disalurkan melalui peruntukan Akaun Amanah Jakim kepada mangsa banjir kilat di Hulu Langat dan Sepang melalui Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Ahmad Marzuk berkata, sebanyak 80 peratus daripada sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 yang dilancarkan pada 24 Mac lalu sudah diagihkan kepada pihak memerlukan tanpa mengira batasan agama dan bangsa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *