Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri untuk OKU diperkenalkan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan Anugerah Tangan Emas Perdana bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkemahiran bermula tahun depan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri hanya diberikan kepada individu yang memenangi pertandingan kemahiran di luar negara tetapi bukan dalam kalangan OKU. Katanya, anugerah berkenaan […]

150,000 dapat pekerjaan tahun lalu

ALOR SETAR – Seramai 150,000 individu di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan tahun lalu hasil temu duga terbuka digerakkan oleh JobsMalaysia dengan kerjasama semua majikan dan Kementerian Sumber Manusia. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya berharap jumlah golongan yang mencari kerja dalam pelbagai sektor dan mendapat pekerjaan akan meningkat pada tahun 2019 […]

Garis Panduan Tunai Solat Dalam Waktu Kerja dilancarkan

BATU GAJAH – Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja khususnya untuk pekerja swasta yang beragama Islam di seluruh negara. Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan garis panduan berkenaan setelah perbincangan dan kajian antara kedua-dua pihak dijalankan […]

Pihak industri diminta beri peluang kepada pelajar tahfiz

TANAH MERAH – Kementerian Sumber Manusia berharap pihak industri memberi peluang kepada pelajar tahfiz untuk turut terbabit dalam bidang itu. Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerjasama ini penting untuk melahirkan pelajar tahfiz yang bukan saja berkebolehan dalam keagamaan malah berkemahiran. Katanya, kolej kemahiran bertauliah juga boleh menyediakan tempat kepada mereka untuk memenuhi kehendak industri. […]