Home » Langit Terbuka » 150,000 dapat pekerjaan tahun lalu

150,000 dapat pekerjaan tahun lalu

Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pihaknya berharap jumlah golongan yang mencari kerja dalam pelbagai sektor dan mendapat pekerjaan akan meningkat pada tahun 2019 berbanding tahun lalu. - Foto Kementerian Sumber Manusia

ALOR SETAR – Seramai 150,000 individu di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan tahun lalu hasil temu duga terbuka digerakkan oleh JobsMalaysia dengan kerjasama semua majikan dan Kementerian Sumber Manusia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya berharap jumlah golongan yang mencari kerja dalam pelbagai sektor dan mendapat pekerjaan akan meningkat pada tahun 2019 berbanding tahun lalu.

“Bagaimanapun, masih ada penganggur gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan faktor sendiri selain kelayakan yang dimiliki tidak memenuhi syarat dikehendaki oleh pasaran.

“Antara masalah mereka yang sukar mendapatkan pekerjaan ini adalah tidak mahu berhijrah ke tempat lain dan cari kerja di kampung dan sekitar tempat tinggal mak ayah mereka sahaja,” katanya selepas Program Kerjaya Dun Suka Menanti di Dewan Kelab Kilat TNB, Mergong, di sini.

Menurutnya, beberapa institusi latihan kemahiran seperti Giat Mara dan Kolej Komuniti menyediakan peluang kemahiran kepada pencari pekerja sebagai persediaan melengkapkan diri bagi memenuhi kehendak pasaran dan majikan.

“Ada pekerjaan pada hari ini jika ada ijazah tinggi tetapi kadang-kadang tidak membantu kerana dalam sektor tertentu kemahiran (yang mempunyai sijil kemahiran) lebih diberikan keutamaan kerana industri hari ini telah memasuki era Perindustrian Keempat (Industri 4.0),” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *