Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji

RIYADH –  Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mengemukakan permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia). […]

KKM mampu kendali vaksin COVID-19 untuk jemaah haji

PUTRAJAYA – Fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji Malaysia jika ibadah haji dibenarkan tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi. “Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terbabit adalah antara 30,000 […]

Malaysia tolak dasar iktiraf LGBTQ Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia. Pentadbiran AS memasukkan sekali golongan interseks (khunsa) dalam kelompok itu tetapi ia tidak termasuk dalam pendirian kerajaan kerana khunsa berbeza dengan LGBT dan bukanlah sesuatu yang melanggar […]

Menteri Agama keluar kenyataan beberapa hari lagi

PUTRAJAYA  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memperincikan perihal ibadat haji. Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari sahaja lagi, selepas mengadakan perbincangan tersebut. Zulkifli berkata, beliau berhasrat untuk ke Arab Saudi bagi melihat sendiri tahap […]

Kuota haji, umrah antara perkara akan dibincangkan Malaysia-Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Kuota haji tahun depan untuk rakyat negara ini ialah antara perkara akan dibincangkan menerusi Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata perkara lain akan turut dibincangkan ialah jumlah rakyat Malaysia dibenar mengerjakan umrah apabila Kerajaan Arab Saudi membenarkan […]

Malaysia, Arab Saudi tubuh jawatankuasa kukuh kerjasama

PUTRAJAYA  – Malaysia dan Arab Saudi telah bersetuju membentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud akan menjadi pengerusi bersama jawatankuasa itu. Beliau berkata Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bahawa […]

Jemaah Malaysia dijangka boleh tunai umrah paling awal Januari depan

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah umrah dari Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah itu di tanah suci paling awal pada Januari tahun depan. Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia yang akan tamat pada 31 Disember ini, yang memungkinkan […]

Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan negara luar, terutama ASEAN, bagi meningkatkan industri halal, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, saranan itu bukan hanya meliputi produk makanan halal tetapi juga perlu diperluaskan kepada produk halal lain seperti perubatan dan sumber utama berkaitan. “Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia menyeru […]

Malaysia negara Islam paling damai di dunia

JAKARTA – Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia, mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi. Republika melaporkan, Indeks Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 20 dalam senarai tetapi menjadi negara Islam paling damai. Indonesia pula berada pada kedudukan 49 mengatasi Arab […]

Aidiladha: Hayati, ambil iktibar pengorbanan Nabi – PM

KUALA LUMPUR –  Seluruh umat Islam perlu menghayati dan mengambil iktibar kisah serta sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anak baginda, Nabi Ismail AS. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut umat Islam seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar. “Bagi umat Islam di Malaysia, iktibar daripada […]