Home » Langit Terbuka » Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal

Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal

Persidangan Halal Sedunia 2020 berlangsung pada 6 Oktober di MITEC, Kuala Lumpur. - Foto Arkib YADIM

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan negara luar, terutama ASEAN, bagi meningkatkan industri halal, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, saranan itu bukan hanya meliputi produk makanan halal tetapi juga perlu diperluaskan kepada produk halal lain seperti perubatan dan sumber utama berkaitan.

“Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia menyeru ekonomi APEC untuk bersama-sama menjadikan produk halal lebih mudah didapati, berpatutan dan mampan.

“Hingga hari ini, Malaysia adalah sumber rujukan utama kepada lebih 150 negara dalam pelbagai bidang produk halal, termasuk pembangunan industri dan pengurusan.

“Malaysia juga diiktiraf oleh 84 pengeluar pensijilan halal di 46 negara. Justeru, saya percaya industri halal ada potensi untuk berkembang pada peringkat domestik dan global,” katanya dalam ucapan merasmikan Persidangan Halal Sedunia 2020 (WHC2020), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Berita Harian

 

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *