Liga Arab kutuk serangan ganas Zionis di masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Liga Arab mengutuk serangan ganas rejim Israel di perkarangan kawasan masjid Al-Aqsa Kota Lama, timur Baitulmaqdis ketika umat Islam Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha. Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata, serangan rejim Israel itu menunjukkan ‘dasar sistematik Israel yang bertujuan membiasakan kehadiran Yahudi di Al Haram Al Sharif dan mengurangkan kehadiran […]

Malaysia perlukan pendekatan agama lebih moderat, progresif

SHAH ALAM – Luahan seorang pelakon, Yana Samsudin yang berkongsi rasa sedih apabila keluarganya turut terpalit dalam kontroversi sebuah telefilem terbitannya mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dr Asri memuat naik status di Facebooknya menjelaskan isu-isu seperti itu menuntut untuk kita menilai semula pendekatan pengajaran agama Islam yang didedahkan kepada masyarakat […]

Sembilan jemaah meninggal di Tanah Suci

MEKAH – Seramai sembilan jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini dengan kematian terbaharu dilaporkan membabitkan seorang jemaah wanita semalam (11 Ogos). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, Allahyarham Faridah Abdul Altif, 65, dari Pahang itu meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan ibadat melontar di jamrah. Jemaah […]

1000 pelajar taska Kelantan sertai Cilik Haji 2019

KUBANG KERIAN – Program Cilik Haji 2019 yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan kira kira 1,000 peserta. Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Negeri Kelantan itu diadakan di Masjid Kubang Kerian di sini pada 8 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. […]

Kerajaan pertimbang larang kenderaan berat guna jalan raya semasa cuti serentak

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya pada musim perayaan yang jatuh pada cuti sekolah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata kebiasaannya larangan kepada kenderaan berat hanya dikuatkuasakan ketika Hari Raya Aidilfitri dan […]

Umat Islam diseru bersatu padu

Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Walillahhilhamd Syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah rahmatnya yang tidak terhitung, kita dikurniakan kesempatan untuk meraikan satu lagi hari besar umat islam iaitu Hari Raya Eid’ul Adha 1440H. Menginsafi makna pengorbanan dalam menjalankan perintah Allah seperti kisah Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail AS. Namun di atas berkat kesabarannya […]

Fasiliti untuk wukuf di Arafah bertambah baik

MAKKAH – Fasiliti untuk jemaah haji Malaysia berwukuf di Arafah tahun ini seperti khemah dilihat bertambah baik berbanding tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Beliau berkata, hasil tinjauan dan maklumbalas hari ini tahap keselesaan jemaah haji Malaysia dilihat semakin baik, justeru beliau berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang menyediakan […]

Cuaca pagi esok diramal baik

PUTRAJAYA – Cuaca pada hari sambutan Aidiladha esok diramal baik pada sebelah pagi di hampir semua kawasan di seluruh negara. Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hanya satu dua tempat di kawasan pantai di negeri Pantai Barat Semenanjung diramal hujan dan ribut petir pada sebelah pagi. Menurut kenyataan […]

Ghairah agama yang perlu diharmonikan

Mungkin didorong oleh kepentingan kelangsungan hayat politik, apa saja isu yang berbangkit dalam kehidupan akan disorot dengan sorotan perseptif agama secara totok. Lebih parah apabila sorotan itu berlaku melalui teropong aqidah yang menatijahkan iman atau kufur, atau sorotan hukum yang menatijahkan dosa besar dan neraka. Padahal urusan kehidupan ini begitu rencam sehingga Nabi SAW sendiri […]

Tabung Haji tidak bertanggungjawab uruskan visa furada

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak bertanggungjawab menguruskan visa furada kerana ia dikendalikan secara terus oleh agensi-agensi pelancongan dan umrah serta pihak individu bersama kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf berkata, Tabung Haji hanya mengendalikan 30,200 jemaah serta visa haji yang diperoleh […]