Home » Langit Terbuka » Liga Arab kutuk serangan ganas Zionis di masjid Al-Aqsa

Liga Arab kutuk serangan ganas Zionis di masjid Al-Aqsa

Polis Israel cuba menahan seorang wanita Palestin di perkarangan Masjid Al Aqsa semasa sambutan Aidiladha baru baru ini. - Foto AFP

BAITULMAQDIS – Liga Arab mengutuk serangan ganas rejim Israel di perkarangan kawasan masjid Al-Aqsa Kota Lama, timur Baitulmaqdis ketika umat Islam Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha.

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata, serangan rejim Israel itu menunjukkan ‘dasar sistematik Israel yang bertujuan membiasakan kehadiran Yahudi di Al Haram Al Sharif dan mengurangkan kehadiran orang Islam di sana, meskipun ketika solat sunat Aidiladha dilakukan.

Beliau juga berkata, Tel Aviv bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peningkatan ketegangan yang membimbangkan di masjid berkenaan.

“Rejim itu melakukan jenayah sedemikian untuk membantu kumpulan Yahudi ultra-Ortodoks,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Setiausaha Agung Liga Arab itu memberi amaran bahawa polisi melulu dan biadab Israel akan menambahkan lagi sikap fanatik di rantau itu, sekali gus mengancam persengketaan agama di ibu kota Al-Quds.

Dalam kenyataan sama, Ahmed Aboul menggesa komuniti antarabangsa untuk menentang kempen ‘Judaization Israel’ yang sedang dijalankan di Al-Quds di bawah perlindungan politik yang disediakan Washington.

Ahad lalu, kekecohan tercetus apabila polis Israel menyerang penduduk Palestin di perkarangan kawasan suci di sini ketika umat Islam dan penganut Yahudi menyambut hari kebesaran masing-masing.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, 61 rakyat Palestin cedera dan 15 daripadanya dirawat di hospital berdekatan.

Selain itu, tentera Israel juga menanahan beberapa penduduk Palestin. – PressTV

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *