Penyampaian Hadiah Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1441H

PUTRAJAYA – Satu majlis ringkas telah diadakan di ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  di sini pada 11 Disember bagi meraikan para pemenang Pertandingan Perarakan Kontinjen Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H baru baru ini. Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada majlis ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Ummah dan Wanitanya, Ustaz Muhammad […]

Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Gema Selawat Maulidur Rasul 1441H pada 9 November. Dihadiri lebih 300 penduduk dari Program Perumahan Rakyat Seri Cempaka, Pantai Dalam di sini, ia merupakan program dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah […]

YADIM Naib Johan perarakan Maulidur Rasul 2019

KUALA LUMPUR – Kontinjen Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019/1441 di sini, telah merangkul gelaran Naib Johan. Dengan kemenangan dalam kategori Agensi Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, YADIM membawa pulang hadiah RM4,000. Kontinjen Tabung Haji muncul johan kategori ini. Seramai 40 orang kakitangan YADIM, […]

Daud Muhammad penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad hari ini (9 November) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Daud pada sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini. Daud menerima wang tunai RM50,000, […]

Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat kebangsaan Sabtu ini

KUALA LUMPUR — Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 November) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata 8,000 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar […]

Pemimpin tidak amanah sebabkan ummah sengsara

PUTRAJAYA – Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara. Titah Sultan Nazrin, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan. […]

Islam cara hidup lengkap buat umat:

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga merupakan cara hidup yang lengkap untuk umatnya. Beliau berkata, sememangnya umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu. “Kerana itu, kita memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW […]