Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif : Sambutan Maulidur Rasul 144H bersama YAATIM

YADIM Interaktif : Sambutan Maulidur Rasul 144H bersama YAATIM

KOTA BHARU – YADIM Kelantan meneruskan inisiatif sambutan Maulidur Rasul khususnya di kalangan pelajar di negeri ini dengan program bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) di Taman Sabariah pada 20 Oktober.

Program dimulakan dengan ucapan Ketua Eksekutif  YAATIM, Haji Mukhtar Haji Ismail diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Aziz Yahaya, Panel Radio RTM Kelantan.

Turut diselitkan dalam program ini ialah bacaan ayat Al-Quran oleh adik Alya Nabila, penghuni YAATIM.

Pengisian lain program termasuklah solat berjemaah, kuiz dan persembahan nasyid.

Hadir sama ke program ini ialah Timbalan Ketua Eksekutif YAATIM, Puan Norhazirah Yahaya dan Pengetuanya, Normaslina Mohd Noor.

YAATIM telah 27 tahun beroperasi membantu anak anak yatim dalam pelbagai aspek termasuk penjagaan dan pendidikan di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *