Home » Citra Yadim » “Street Dakwah Keluarga Malaysia Kedah” Sempena Maulidurrasul

“Street Dakwah Keluarga Malaysia Kedah” Sempena Maulidurrasul

“Street Dakwah Keluarga Malaysia Kedah” Sempena Maulidurrasul

PADANG SERAI – Selain menyebarkan dakwah di masjid, surau dan lokasi biasa seperti di dewan dan pejabat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah turut menitik beratkan aktiviti turun padang melaksanakan gera kerja dakwah.

Antara contoh yang dilaksanakan ialah program street dakwah yang dilaksanakan di sini pada 19 Oktober sempena sambutan Maulidur Rasul.

Program yang diadakan secara santai ini  melibatkan 30 Sukarelawan YADIM (SAY) dari empat kawasan selain rakan rakan badan bukan kerajaan.

Street dakwah di Pasar Karat di sini membolehkan YADIM Kedah berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang dalam suasana harmoni.

Ia bersesuaian dengan rasmi konsep ‘Keluarga Malaysia’ difokuskan oleh YAB Perdana Menteri yang bersifat inklusif merentasi agama, bangsa dan kaum.

Sepanjang program ini, urusetia program turut mengedarkan 300 pek makanan, risalah kenabian dan topeng pelitup muka.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Padang Serai, Abu Bakar Awang, Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan, Pengerusi SAY Pendang, Abd. Ghani Sudin, Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun, Pengerusi Buru Amal Kulim, Nordin Abu Bakar, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Masyarakat, Ustaz Farid Zaki dan Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Muhammad Aizuddin Yusof.

Turut membantu ialah ahli Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung, Md. Said Shamsuddin dan Pengerusi Persatuan Penjaja Padang Serai, Radhi Ismail.

Urusetia program juga mengadakan ziarah kepada lima keluarga pesakit kronik di Kampung Paya Jemerli di sini.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *